Sunday, January 2, 2011

Persetankan Ketakutan


Salam. Esok tepat jam 8 masa untuk melapor diri bagi tugas baru yang rasanya sangat penting bagi anak bangsa. Saya akan mula mengajar tetapi mungkin untuk minggu dan kelas pertama ini hanya memfokuskan untuk menerangkan mengenai subjek yang akan diajar dan sekaligus akan memberi sedikit gambaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan subjek-subjek ini. Dan sudah pasti ramai pelajar universiti yangt elah pulang ke kampus masing-masing bersama azam tahun baru mereka. Ini diletakkan sebagai detik permulaan bagi yang mahu merubah nasib diri mereka. 

Masih terngiang di telinga ini kata-kata pensyarah saya iaitu tugas mengajar ini adalah ibadat yang boleh dijadikan sebagai saham kita di sana tetapi bukan sesuatu yang mudah bagi mencapai objektif pengajaran tersebut. Kalau diikutkan sekarang, ramai yang berminat untuk menjadi guru tetapi adakah itu yang ikhlas mereka inginkan atau hanya kerana tiada pilihan lain? Tidak mengapa, yang penting keikhlasan semasa menyampaikan ilmu kepada pelajar adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

Hari ini, untuk konklusi 24 jam, saya telah melakukan persiapan dari segi pakaian dan yang paling penting persediaan bahan untuk pembelajaran. Untuk pakaian, saya telah berjalan dan membeli 2 helai seluar yang mungkin dirasakan sesuai kerana pemakaian kita juga akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar kita. Ini hanya lebih kepada "first impression" sahaja. Sehelai seluar berjenama SEED dan sehelai lagi TOPMAN. Sedikit 'taste' remaja di situ. 

Semoga segalanya akan berjalan lancar dan memberi "good impression" kepada semua. InsyAllah. Benda yang baik InsyAllah diberkati. Salam.

No comments:

Post a Comment