Sunday, August 7, 2011

Kegilaan Menulis


Salam Ramadhan kerana kita masih dalam bulan Ramadhan. Hari ini aku nak menulis tentang perkara yang sangat aku bimbangkan, tentang kemahiran diri sendiri yang masih kurang iaitu kemahiran menulis. Aku begitu berminat untuk menulis tidak kira dalam akademik atau bukan akademik, Bahasa Melayu atau English. Ini kerana yang menarik untuk kita tulis adalah isu atau topik tersebut. Tetapi yang menjadi masalah sekarang adalah teknik penulisan untuk akademik. Ini kerana penulisan akademik tidak semudah yang kita sangka kerana segalanya memerlukan susunan yang betul, fakta yang tepat, penggunaan bahasa yang cerdik dan sebagainya. Jika nak dibandingkan dengan penulisan "leisure" ataupun pembacaan ringan, ia lebih mudah (ia pendapat aku sahaja). Oleh yang demikian, aku cuba mengGoogle tentang teknik penulisan akademik dan aku perolehinya daripada blog Prof. Madya Dr. Norzaidi Mohd Daud. Menurut beliau apa yang perlu ada pada abstrak untuk penulisan akademik ini ialah:

  • purpose of study
  • research methodology
  • findings
  • research limitations
  • practical implications
  • originality/values
  • keywords, not more than 5 keywords

Jika tidak salah, ini merupakan panduan yang diguna pakai oleh jurnal-jurnal di bawah Emerald Insight. Tambahnya lagi, kita perlu memilih tajuk yang mudah untuk difahami kerana ia akan memudahkan reviewer untuk membaca. Ini merupakan proses ketika kita menghantar artikel kita kepada jurnal untuk diterbitkan.

Oh ya. Kenapa aku memikirkan tentang penulisan akademik? Ia kerana aku mempunyai satu lagi blog yang lebih kepada akademik dan boleh dilawati di www.FazliBaharuddin.Blogspot.com.


Thursday, August 4, 2011

Teater Bangsawan - Opera Primadona

 

Salam Ramadhan. Ini ada sedikit update. Sebenarnya ini merupakan gambar-gambar yang aku sempat ambil semasa menonton Teater Bangsawan Opera Primadona. Ini pun dah kira lambat untuk dikongsikan kerana teater ini berlangsung pada 15 - 17 Julai 2011 yang lalu di Panggung Bandaraya DBKL. Kami bernasib baik kerana pada hari tersebut tiketnya adalah percuma. Jadi korang boleh tengok-tengok gambar-gambar di bawah.


















Monday, July 11, 2011

Sudah BERSIHkah?


Salam 1 Malaysia. Kesimpulan kepada apa yang terjadi hujung minggu lepas atau senang cakap sabtu lepas amat menyedihkan dan aku jamin mereka tak capai apa-apa pun objektif yang mereka harapkan. Tetapi yang aku nak persoalkan sekarang adalah perjuangan tu yang katanya perjuangan Islam. Kenapa perlu katakan ini perjuangan Islam? Ulama' mana atau majlis agama negeri mana yang ishtihar ini perjuangan Islam? Kenapa aku tanya begitu? Kerana ramai penyokong perhimpunan tersebut memahami ini perjuangan Islam. Kenapa tidak menyebut perjuangan dotdotdot sahaja. Pemimpinnya sendiri merupakan bukan Islam dan mempunyai isu dengan Islam tetapi isu itu nampaknya semakin dilupakan. Jika dikatakan perjuangan menuntut keadilan dalam pilihanraya aku percaya dan aku kata ya. Tetapi harus diingat, kami yang tidak menyokong perhimpunan tersebut juga Islam. Aku tidak nampak apa yang Islamnya cara perhimpunan tersebut. Yang aku nampak orang-orang yang memperalatkan agama banyak. Tetapi aku tetap dengan pendirian yang ini bukan caranya kerana akhirnya satu objektif pun tidak dicapai. Memalukan Malaysia lagi ada. Aku ingin merujuk satu group dalam MukaBuku yang tak habis-habis mengapi-apikan rakyat dengan statement yang entah dari mana sumbernya. Sanggup menggambarkan Malaysia seperti negara yang tiada lagi amannya. Nak komen takut tergolong dalam golongan "perasan pandai" ni hoho. Kita sebagai rakyat Malaysia pasti lebih arif tentang Malaysia yang kita sayangi ini. Kenapa perlu ditabur fitnah begitu sekali. Anak-anak muda pula jangan mudah terpedaya dengan maklumat pihak tertentu tanpa melihat kesahihan sumbernya.  'Orang sana' sentiasa bersedia sahaja menanti untuk mengambil peluang ke atas kekacauan yang berlaku. Yang sanggup keluarkan statement "lebih baik bagi yahudi memerintah" tu takpelah. Mereka tiada sense of belonging. Mereka ada negara kedua. Kita? Indonesia pun tak ingin nak bagi kita menumpang bila Malaysia tiada lagi amannya. Fikirkanlah semula. Mereka lagi suka melihat kita berpecah belah daripada bersatu. Pada sesiapa yang tak suka dengan artikel aku ni please ignore bebeh. Kerana segala komen anda akan dibakul sampahkan oleh aku hoho. Salam 


P/s: Di bawah ini aku letakkan satu video. Mungkin boleh ingatkan apa yang kita sudah lupa.


Thursday, July 7, 2011

Journey to Kelantan














Salam. Mari aku kongsikan cerita mengenai perjalanan aku dan kawan-kawan ke Kelantan. Perjalanan kami ke Kelantan ini sebenarnya bagi menghadiri Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik 2011 yang dianjurkan oleh Persatuan Pustakawan Malaysia. Tetapi di sini aku cuma nak ceritakan tempat-tempat menarik yang sempat aku singgah. Hari pertama perjalanan, kami singgah di Sungai Yu, Pahang. Tempatnya bersebelahan dengan jalan utama ke Kelantan. Simple saja tempatnya tetapi airnya menarik. Kami cuma singgah sebentar sambil berehat. Tak sempat nak mandi kerana perjalanan kami masih jauh.

Sesudah sampai di Kelantan, tempat-tempat yang aku pergi antaranya Wakaf Che Yeh, Restoran Yati Ayam Percik dan Pantai Irama. Di Kelantan kami menginap di Hotel Crystal Lodge. Temapatnya selesa dan murah untuk para pengunjung yang datang dari luar Kelantan menginap di situ. Bandar Kota Bharu tidaklah terlalu besar dan ia mudah untuk mengingati jalan-jalan sekitarnya. Aku sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dikongsikan.

Sunday, June 26, 2011

BERSIHkah nanti?


Salam. Pagi-pagi ni aku terpanggil untuk update blog ini. Ini kerana melalui pembacaan yang aku lakukan kebelakangan ini seperti mengganggu aku dan aku pasti mengganggu sesetengah rakyat Malaysia. Ini berkaitan dengan Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil. Aku tertanya-tanya, adakah perhimpunan yang kononnya akan melibatkan 300,000 orang ini mewakili suara semua rakyat Malaysia? Atau hanya nak memenuhi kehendak individu tertentu? Jika menurut kiraan, seharusnya jumlah 300,000 mewakili 30% rakyat Malaysia dan baru ia akan dikira valid. Tetapi TIDAK. Menurut statistik hasil bancian 2010, jumlah rakyat Malaysia telah mencapai 27.56 juta orang. Ini menunjukkan Perhimpunan BERSIH ini perlu dihadiri 8.27 juta orang bagi mewakili 30%. Adakah mampu mencapai jumlah tersebut?

Selain pada itu, ini berkenaan dengan keselamatan orang awam. Bukan semua setuju dengan perhimpunan ini. Ramai yang akan mengalami kerugian jika perhimpunan ini diadakan seperti peniaga-peniaga, pemandu teksi dan sebagainya. Maaf, bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi ini bukan caranya bagi mendapatkan takhta pemerintahan. Lihat saja apa yang terjadi di negara-negara arab bila mana terlalu banyak rusuhan dan pemberontakkan telah memberi peluang kepada U.S dan sekutunya masuk campur dan kemusnahan negara tersebut jelas sama sekali. Ini sama sekali salah kerana terlalu jelas bertujuan memenuhi kehendak individu dan bukannya rakyat.

Aku juga ada terfikir, jikalau pilihanraya di Malaysia tidak adil, mengapa pada pilihanraya lepas pembangkang telah dapat merampas beberapa negeri yang secara jelasnya memang rakyat hendakkannya dan berpunca dari kesilapan kerajaan di negeri itu sendiri. Ya, aku tak nafikan di akhir zaman ini tidak mungkin tiada kemungkaran seperti penipuan dalam pilihanraya. Tetapi aku cuma risau tentang adakah semua ini akan dapat dihapuskan bila mana kerajaan bertukar? Adakah lebih baik? Adakah Islam akan menjadi tunjang utama? Adakah ekonomi akan maju? Ya, boleh diberi peluang. Tetapi bukan dengan cara perhimpunan haram seperti BERSIH 2.0 ini. Menjelekkan bila dilihat oleh negara lain.

Oleh yang demikian, aku berharap pada semua rakyat Malaysia elakkan menyertai perhimpunan seperti ini kerana ia mungkin akan menyusahkan keluarga kita dan rakyat Malaysia yang lain. Islam pun tidak menggalakkan keadilan yang tiada adilnya. Ya, nak dibiarkan mungkin akan disoal di "Sana" kelak. Tetapi sekurang-kurangnya bila kita berjemaah di Masjid tiada peluru yang berterbangan, masjid dirampas dan dimusnahkan. Syukur.

Monday, June 13, 2011

PakMad Cafe, Jitra Kedah







Bila aku tengok gambar kat atas ni aku pun rasa nak tergelak. Haha. Mana taknya, bila aku tengok gaya aku ambil gambar-gambar ni dah macam penyiasat persendirian. Gambar pun dah jadi macam kelam kabut. Tapi takpa. Aku bukan nak bercakap pasal gaya gambar yang aku ambil tapi tempat ni. PakMad Cafe. Sebenarnya, aku sendiri pun jarang datang cafe ni sebab aku jauh. 

PakMad Cafe ni terletak di Jitra Kedah di mana cafe ini memang sesuai untuk bersantai sambil dengar muzik yang "easy listen". Kebanyakkan makanan yang dijual lebih kepada western food dan malam tu aku minum "Mango Float". Menarik juga rasanya. Aku pun tak ada benda sangat yang nak dikongsikan tetapi sekadar menghebahkan kepada korang semua tentang kewujudan cafe ini. Menurut kawan-kawan aku, cafe ini pun memang pernah beberapa kali masuk dalam rancangan apa entah di TV tu. Aku memohon maaf jikalau gambar yang aku sediakan tak dapat dilihat dengan jelas. Kalau nak jelas pergi sendiri. Haha. Aku pun dah cuba buat carian di Internet dan memang ada banyak review pasal cafe ni. Tunggu apa lagi, gerak la.

Sunday, June 5, 2011

Mari Bercuti: Pulau Bunting, Yan, Kedah













Dah nama pun bercuti, jadi update pun mesti pasal cuti. Ni aku nak cerita tentang satu pulau kat Kedah yang aku sendiri baru kali pertama sampai. Pulau Bunting, Yan Kedah. Sebenarnya pulau ni masih dalam proses pembangunan di mana cuma ada satu jambatan ke pulau tersebut tanpa ada kemudahan yang lain. Maksud aku kemudahan penginapan, tempat makan dan kemudahan lain belum ada lagi. Mungkin selepas ini. Ini kerana apa yang aku dapat simpulkan setelah beberapa jam kat pulau tersebut sambil menunggu matahari terbenam, pulau ini memang wajib dibangunkan kerana mungkin boleh menjadi sumber ekonomi Kedah dan penduduk sekitar. Pantainya yang cantik kalau dibangunkan dan dijadikan seperti Batu Feringgi, Pulau Pinang pasti akan menarik lebih ramai pengunjung. Gambar-gambar kat atas tu aku ambil menggunakan Nexus S dengan aplikasi FxCamera (hehe) bersama-sama dengan model sambilan (haha). Maklumat mengenai Pulau ini aku pun tak pasti sangat tapi yang penting penduduk sekitar situ memang peramah dan cepat mesra. Korang boleh cuba buat carian di Internet untuk keterangan lanjut. Itu pun kalau ada la sebab macam aku kata tadi pulau ini masih baru dan belum diterokai secara ketara lagi.

Aku kena pergi berjalan-jalan dan tangkap gambar banyak-banyak sebab aku nak pastikan yang percutian aku menjadi lebih bermakna sebab kalau tidak ia akan menjadi sangat sia-sia. Entah bila lagi aku akan bercuti aku pun tak pasti.