Sunday, June 26, 2011

BERSIHkah nanti?


Salam. Pagi-pagi ni aku terpanggil untuk update blog ini. Ini kerana melalui pembacaan yang aku lakukan kebelakangan ini seperti mengganggu aku dan aku pasti mengganggu sesetengah rakyat Malaysia. Ini berkaitan dengan Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil. Aku tertanya-tanya, adakah perhimpunan yang kononnya akan melibatkan 300,000 orang ini mewakili suara semua rakyat Malaysia? Atau hanya nak memenuhi kehendak individu tertentu? Jika menurut kiraan, seharusnya jumlah 300,000 mewakili 30% rakyat Malaysia dan baru ia akan dikira valid. Tetapi TIDAK. Menurut statistik hasil bancian 2010, jumlah rakyat Malaysia telah mencapai 27.56 juta orang. Ini menunjukkan Perhimpunan BERSIH ini perlu dihadiri 8.27 juta orang bagi mewakili 30%. Adakah mampu mencapai jumlah tersebut?

Selain pada itu, ini berkenaan dengan keselamatan orang awam. Bukan semua setuju dengan perhimpunan ini. Ramai yang akan mengalami kerugian jika perhimpunan ini diadakan seperti peniaga-peniaga, pemandu teksi dan sebagainya. Maaf, bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi ini bukan caranya bagi mendapatkan takhta pemerintahan. Lihat saja apa yang terjadi di negara-negara arab bila mana terlalu banyak rusuhan dan pemberontakkan telah memberi peluang kepada U.S dan sekutunya masuk campur dan kemusnahan negara tersebut jelas sama sekali. Ini sama sekali salah kerana terlalu jelas bertujuan memenuhi kehendak individu dan bukannya rakyat.

Aku juga ada terfikir, jikalau pilihanraya di Malaysia tidak adil, mengapa pada pilihanraya lepas pembangkang telah dapat merampas beberapa negeri yang secara jelasnya memang rakyat hendakkannya dan berpunca dari kesilapan kerajaan di negeri itu sendiri. Ya, aku tak nafikan di akhir zaman ini tidak mungkin tiada kemungkaran seperti penipuan dalam pilihanraya. Tetapi aku cuma risau tentang adakah semua ini akan dapat dihapuskan bila mana kerajaan bertukar? Adakah lebih baik? Adakah Islam akan menjadi tunjang utama? Adakah ekonomi akan maju? Ya, boleh diberi peluang. Tetapi bukan dengan cara perhimpunan haram seperti BERSIH 2.0 ini. Menjelekkan bila dilihat oleh negara lain.

Oleh yang demikian, aku berharap pada semua rakyat Malaysia elakkan menyertai perhimpunan seperti ini kerana ia mungkin akan menyusahkan keluarga kita dan rakyat Malaysia yang lain. Islam pun tidak menggalakkan keadilan yang tiada adilnya. Ya, nak dibiarkan mungkin akan disoal di "Sana" kelak. Tetapi sekurang-kurangnya bila kita berjemaah di Masjid tiada peluru yang berterbangan, masjid dirampas dan dimusnahkan. Syukur.

No comments:

Post a Comment