Sunday, June 5, 2011

Mari Bercuti: Pulau Bunting, Yan, Kedah













Dah nama pun bercuti, jadi update pun mesti pasal cuti. Ni aku nak cerita tentang satu pulau kat Kedah yang aku sendiri baru kali pertama sampai. Pulau Bunting, Yan Kedah. Sebenarnya pulau ni masih dalam proses pembangunan di mana cuma ada satu jambatan ke pulau tersebut tanpa ada kemudahan yang lain. Maksud aku kemudahan penginapan, tempat makan dan kemudahan lain belum ada lagi. Mungkin selepas ini. Ini kerana apa yang aku dapat simpulkan setelah beberapa jam kat pulau tersebut sambil menunggu matahari terbenam, pulau ini memang wajib dibangunkan kerana mungkin boleh menjadi sumber ekonomi Kedah dan penduduk sekitar. Pantainya yang cantik kalau dibangunkan dan dijadikan seperti Batu Feringgi, Pulau Pinang pasti akan menarik lebih ramai pengunjung. Gambar-gambar kat atas tu aku ambil menggunakan Nexus S dengan aplikasi FxCamera (hehe) bersama-sama dengan model sambilan (haha). Maklumat mengenai Pulau ini aku pun tak pasti sangat tapi yang penting penduduk sekitar situ memang peramah dan cepat mesra. Korang boleh cuba buat carian di Internet untuk keterangan lanjut. Itu pun kalau ada la sebab macam aku kata tadi pulau ini masih baru dan belum diterokai secara ketara lagi.

Aku kena pergi berjalan-jalan dan tangkap gambar banyak-banyak sebab aku nak pastikan yang percutian aku menjadi lebih bermakna sebab kalau tidak ia akan menjadi sangat sia-sia. Entah bila lagi aku akan bercuti aku pun tak pasti.

No comments:

Post a Comment