Thursday, June 2, 2011

Holiday - Mari Bercuti


Yuhuuu!!! Jom bercuti!! Gilakan. Cuti sekolah sudah habis seminggu dan aku baru nak bercuti. Inilah masa yang aku tunggu-tunggu setelah beberapa bulan tak bercuti. Tapi ini bukan aku nak pergi bercuti kat tempat-tempat peranginan, tapi aku nak bercuti di kampung. Dah lama rasanya tak balik kampung jumpa sanak saudara. Ewahh! Tapi bila kita bercakap tentang cuti ni tentu ramai yang tahu yang sekarang ni pelajar-pelajar universiti (peringkat ijazah dan ke atas) masih lagi bercuti sehingga bulan september. Lama tu. Jadi pandai-pandailah mengisi masa terluang tu. Nasihat aku bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris, inilah masanya korang nak improve atau tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris korang. Aku pasti kebanyakkan pelajar yang datang dari kampung pasti masih lemah dalam bahasa Inggeris. Macam aku dulu.

Ini penting kerana menurut kajian yang diterbitkan dalam akhbar The Star tempoh hari, perkara yang menjadi keutamaan kepada bos-bos syarikat untuk mengambil pekerja adalah mahir komunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini terbukti dan ini yang berlaku. Jangan fikir bila kita mempunyai pointer 3.5 ke atas itu menjamin kita untuk senang mendapat kerja. Tetapi kemahiran komunikasi itu yang penting kerana seperti yang kita tahu bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama di dunia. Aku cuma risaukan pelajar-pelajar kita akan ketinggalan dengan bangsa-bangsa lain. Jadi, di masa cuti yang panjang inilah masa yang terbaik untuk memahirkan diri kita. Korang pergilah cari kelas-kelas intensif untuk belajar bahasa Inggeris ni. Duit PTPTN kan ada. Gunakan ke jalan yang betul. Habis-habis pun pergi beli buku-buku bahasa Inggeris dan belajar sendiri. Aku pasti kebanyakkan pelajar-pelajar kita ni faham bila mendengar orang lain berbahasa Inggeris tetapi bila nak bercakap itu yang kita lemah. 

Waktu cuti ni juga, pelajar-pelajar yang ingin menambah duit poket bolehlah pergi cari kerja. Ringankan tulang. Mak korang masa mula-mula korang balik cuti memang di akan  masak sedap-sedap tapi bila hari-hari asyik tengok korang lepak saja kat rumah dia pun bosan. Haha. Oklah. Aku pun nak drive jauh ni. Nasib baik ada gadis yang mahu ikut serta. Taklah bosan sangat. Salam.

No comments:

Post a Comment