Sunday, January 2, 2011

Persetankan Ketakutan


Salam. Esok tepat jam 8 masa untuk melapor diri bagi tugas baru yang rasanya sangat penting bagi anak bangsa. Saya akan mula mengajar tetapi mungkin untuk minggu dan kelas pertama ini hanya memfokuskan untuk menerangkan mengenai subjek yang akan diajar dan sekaligus akan memberi sedikit gambaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan subjek-subjek ini. Dan sudah pasti ramai pelajar universiti yangt elah pulang ke kampus masing-masing bersama azam tahun baru mereka. Ini diletakkan sebagai detik permulaan bagi yang mahu merubah nasib diri mereka. 

Masih terngiang di telinga ini kata-kata pensyarah saya iaitu tugas mengajar ini adalah ibadat yang boleh dijadikan sebagai saham kita di sana tetapi bukan sesuatu yang mudah bagi mencapai objektif pengajaran tersebut. Kalau diikutkan sekarang, ramai yang berminat untuk menjadi guru tetapi adakah itu yang ikhlas mereka inginkan atau hanya kerana tiada pilihan lain? Tidak mengapa, yang penting keikhlasan semasa menyampaikan ilmu kepada pelajar adalah perkara yang perlu dititikberatkan.

Hari ini, untuk konklusi 24 jam, saya telah melakukan persiapan dari segi pakaian dan yang paling penting persediaan bahan untuk pembelajaran. Untuk pakaian, saya telah berjalan dan membeli 2 helai seluar yang mungkin dirasakan sesuai kerana pemakaian kita juga akan memberi kesan kepada pelajar-pelajar kita. Ini hanya lebih kepada "first impression" sahaja. Sehelai seluar berjenama SEED dan sehelai lagi TOPMAN. Sedikit 'taste' remaja di situ. 

Semoga segalanya akan berjalan lancar dan memberi "good impression" kepada semua. InsyAllah. Benda yang baik InsyAllah diberkati. Salam.

Saturday, January 1, 2011

Konklusi 24 Jam


Menarik ceritanya bila dibuat konklusi tentang kehidupan seharian kita. Biar pun dalam pelbagai versi bahasa ia tetap menarik untuk dibaca. Begitu jugalah saya, yang terasa ingin berkongsi konklusi 24 jam kehidupan yang dirasakan harus dikongsi. Mungkin tidak sebanyak mana ilmunya tetapi andai niat yang membawa kebaikan sudah cukup untuk membuka pintu syurga pada seorang anak desa seperti saya ini. Jadi untuk permulaan biarlah ia bermula dengan azam tahun baru yang pada pendapat saya ramai yang sudah berkira-kira tentang azam tahun baru mereka.

Salah satu sebab kenapa saya ingin berkongsi di blog ini kerana saya ingin jadikan ia sebuah catatan harian yang mana sedikit sebanyak dapat dibaca oleh semua. Saya akan bermula sebagai pengajar beberapa hari lagi dan oleh yang demikian ini merupakan platform yang terbaik bagi berkongsi pengalaman saya dengan semua. Cukup tepat pada masanya kerana hari ini merupakan tahun baru bagi 2011 dan dengan misi yang baru dan masih panas harus dibuktikan dalam masa 5 hingga 6 bulan ini sebelum mendapat misi baru InsyAllah. Moga diberkati dan dirahmati oleh-Nya.

Pada semua yang mungkin terserempak blog ini, diharap bersabar dengan penulisan saya kerana saya merupakan seseorang yang masih ingin belajar menulis. Walaupun selalu menulis untuk bahan akademik tetapi bila saya bermain dengan bahan bacaan "masa lapang", ia seperti 'jauh dari tuannya'. Itulah yang pasti. Semoga saya diberikan masa lapang untuk menulis di sini dan semoga dapat berkongsi apa yang saya ada. InsyAllah.

SELAMAT TAHUN BARU 2011
PADA SEMUA!!!