Wednesday, June 1, 2011

Karak - Laluan Puaka (2011)


          Filem ini merupakan filem terbitan KRU Studio yang mula ditayangkan pada 26 Mei 2011 yang lepas. Semalam aku sempat ke pawagam untuk menonton sendiri filem ini setelah mendengar pendapat rakan-rakan serumah dan review para blogger di Internet. Ada yang kata best dan ada yang kata tak masuk akal hanya disebabkan tandas yang terlalu jauh dalam cerita tu. Apa da...pasal tandas pun nak komplen ka. Tapi ini review aku setelah aku menonton dengan mata kepala aku sendiri ditambah dengan reaksi kiri dan kanan aku. Korang boleh campak pendapat atau review aku ni jauh-jauh kalau korang tak sukakannya. Jangan risau.

          Bermulanya cerita dengan suami isteri yang mempunyai masalah kereta rosak dan si suami pergi mencari mekanik. Masa tu dah bermula aksi-aksi saspen. Aku pun dah mula gabra. CGI terbaik untuk cerita seram macam tu. Jalan cerita ada walau cerita ini hanya satu malam. Memang menarik. Pada mereka yang pergi menyaksikan cerita Karak ini, aku nasihatkan anggaplah ini semua sekadar hiburan. Janganlah korang nak membandingkan cerita Karak ni dengan cerita lain kerana pada pendapat aku KRU Studio cuba jadikan cerita ini lain dari yang lain iaitu dengan memasukkan teknologi CGI secara "berpada-pada". Kalau terlalu banyak CGI mungkin dah jadi cerita perang pulak. Aku setuju dengan pendapat Norman Abd Halim yang mana setiap babak seram dalam cerita ini pasti akan melekat dalam fikiran penonton sehinggga tamat cerita ini. Contohnya dialog ini, "Cik...cik...boleh tolong saya tak? Cik...cik...ada nampak anak saya tak? Masa tu memang seram. Aku cuma terfikir, nasib baik aku tengok tayangan pukul 9, kalau pukul 11????

               Berbalik kepada bab tandas yang jauh dalam cerita ni. Aku kadang terfikir jugak, takkan ada orang berani nak pegi tandas jauh-jauh tengah-tengah malam macam tu. Mungkin kalau kita dah buang saja kat mana-mana. Tapi ini kan cerita. Kalau pengarah mahu macam tu buat sajalah. Lagipun menarik la jugak bila watak Jack dalam cerita tu bertemu hantu perempuan yang tiba-tiba kepalanya putus tu. Hehe...Jadi, untuk cerita ini, disebabkan aku dah tengok sendiri sambil mendengar jeritan kiri dan kanan aku, aku bagi 7/10.


No comments:

Post a Comment