Sunday, June 26, 2011

BERSIHkah nanti?


Salam. Pagi-pagi ni aku terpanggil untuk update blog ini. Ini kerana melalui pembacaan yang aku lakukan kebelakangan ini seperti mengganggu aku dan aku pasti mengganggu sesetengah rakyat Malaysia. Ini berkaitan dengan Perhimpunan BERSIH 2.0 yang akan diadakan bagi menuntut pilihanraya bersih dan adil. Aku tertanya-tanya, adakah perhimpunan yang kononnya akan melibatkan 300,000 orang ini mewakili suara semua rakyat Malaysia? Atau hanya nak memenuhi kehendak individu tertentu? Jika menurut kiraan, seharusnya jumlah 300,000 mewakili 30% rakyat Malaysia dan baru ia akan dikira valid. Tetapi TIDAK. Menurut statistik hasil bancian 2010, jumlah rakyat Malaysia telah mencapai 27.56 juta orang. Ini menunjukkan Perhimpunan BERSIH ini perlu dihadiri 8.27 juta orang bagi mewakili 30%. Adakah mampu mencapai jumlah tersebut?

Selain pada itu, ini berkenaan dengan keselamatan orang awam. Bukan semua setuju dengan perhimpunan ini. Ramai yang akan mengalami kerugian jika perhimpunan ini diadakan seperti peniaga-peniaga, pemandu teksi dan sebagainya. Maaf, bukan nak menyebelahi mana-mana pihak. Tetapi ini bukan caranya bagi mendapatkan takhta pemerintahan. Lihat saja apa yang terjadi di negara-negara arab bila mana terlalu banyak rusuhan dan pemberontakkan telah memberi peluang kepada U.S dan sekutunya masuk campur dan kemusnahan negara tersebut jelas sama sekali. Ini sama sekali salah kerana terlalu jelas bertujuan memenuhi kehendak individu dan bukannya rakyat.

Aku juga ada terfikir, jikalau pilihanraya di Malaysia tidak adil, mengapa pada pilihanraya lepas pembangkang telah dapat merampas beberapa negeri yang secara jelasnya memang rakyat hendakkannya dan berpunca dari kesilapan kerajaan di negeri itu sendiri. Ya, aku tak nafikan di akhir zaman ini tidak mungkin tiada kemungkaran seperti penipuan dalam pilihanraya. Tetapi aku cuma risau tentang adakah semua ini akan dapat dihapuskan bila mana kerajaan bertukar? Adakah lebih baik? Adakah Islam akan menjadi tunjang utama? Adakah ekonomi akan maju? Ya, boleh diberi peluang. Tetapi bukan dengan cara perhimpunan haram seperti BERSIH 2.0 ini. Menjelekkan bila dilihat oleh negara lain.

Oleh yang demikian, aku berharap pada semua rakyat Malaysia elakkan menyertai perhimpunan seperti ini kerana ia mungkin akan menyusahkan keluarga kita dan rakyat Malaysia yang lain. Islam pun tidak menggalakkan keadilan yang tiada adilnya. Ya, nak dibiarkan mungkin akan disoal di "Sana" kelak. Tetapi sekurang-kurangnya bila kita berjemaah di Masjid tiada peluru yang berterbangan, masjid dirampas dan dimusnahkan. Syukur.

Monday, June 13, 2011

PakMad Cafe, Jitra Kedah







Bila aku tengok gambar kat atas ni aku pun rasa nak tergelak. Haha. Mana taknya, bila aku tengok gaya aku ambil gambar-gambar ni dah macam penyiasat persendirian. Gambar pun dah jadi macam kelam kabut. Tapi takpa. Aku bukan nak bercakap pasal gaya gambar yang aku ambil tapi tempat ni. PakMad Cafe. Sebenarnya, aku sendiri pun jarang datang cafe ni sebab aku jauh. 

PakMad Cafe ni terletak di Jitra Kedah di mana cafe ini memang sesuai untuk bersantai sambil dengar muzik yang "easy listen". Kebanyakkan makanan yang dijual lebih kepada western food dan malam tu aku minum "Mango Float". Menarik juga rasanya. Aku pun tak ada benda sangat yang nak dikongsikan tetapi sekadar menghebahkan kepada korang semua tentang kewujudan cafe ini. Menurut kawan-kawan aku, cafe ini pun memang pernah beberapa kali masuk dalam rancangan apa entah di TV tu. Aku memohon maaf jikalau gambar yang aku sediakan tak dapat dilihat dengan jelas. Kalau nak jelas pergi sendiri. Haha. Aku pun dah cuba buat carian di Internet dan memang ada banyak review pasal cafe ni. Tunggu apa lagi, gerak la.

Sunday, June 5, 2011

Mari Bercuti: Pulau Bunting, Yan, Kedah













Dah nama pun bercuti, jadi update pun mesti pasal cuti. Ni aku nak cerita tentang satu pulau kat Kedah yang aku sendiri baru kali pertama sampai. Pulau Bunting, Yan Kedah. Sebenarnya pulau ni masih dalam proses pembangunan di mana cuma ada satu jambatan ke pulau tersebut tanpa ada kemudahan yang lain. Maksud aku kemudahan penginapan, tempat makan dan kemudahan lain belum ada lagi. Mungkin selepas ini. Ini kerana apa yang aku dapat simpulkan setelah beberapa jam kat pulau tersebut sambil menunggu matahari terbenam, pulau ini memang wajib dibangunkan kerana mungkin boleh menjadi sumber ekonomi Kedah dan penduduk sekitar. Pantainya yang cantik kalau dibangunkan dan dijadikan seperti Batu Feringgi, Pulau Pinang pasti akan menarik lebih ramai pengunjung. Gambar-gambar kat atas tu aku ambil menggunakan Nexus S dengan aplikasi FxCamera (hehe) bersama-sama dengan model sambilan (haha). Maklumat mengenai Pulau ini aku pun tak pasti sangat tapi yang penting penduduk sekitar situ memang peramah dan cepat mesra. Korang boleh cuba buat carian di Internet untuk keterangan lanjut. Itu pun kalau ada la sebab macam aku kata tadi pulau ini masih baru dan belum diterokai secara ketara lagi.

Aku kena pergi berjalan-jalan dan tangkap gambar banyak-banyak sebab aku nak pastikan yang percutian aku menjadi lebih bermakna sebab kalau tidak ia akan menjadi sangat sia-sia. Entah bila lagi aku akan bercuti aku pun tak pasti.

FxCamera - Android Application v0.7.2




Hehe. Posting ni kalau 3 orang gangster tu ada baca mesti penuh komen kat Facebook gua. Haha. Tak apa. Ni aku nak kongsi sikit tentang satu aplikasi yang aku baru download untuk Nexus S yang aku baru guna. FxCamera - Android Application v0.7.2. Menarik bila mana ia digabungkan dengan kamera 8 megapixel yang dah sedia ada dalam Nexus S ni. Hasilnya seperti yang aku tunjukkan kat atas tu. (Tapi sebenarnya kalau apa yang kita snap tu dah menarik, pakai aplikasi apa pun tetap nampak menarik haha.) Okey, ada 5 mode untuk aplikasi ini iaitu Toycam, Polandroid, Fisheye, Symmetricam dan Warhol. Bagi sesiapa yang pakai smartphone sekarang bolehlah cuba search di Android Market. Dan kalau jumpa aplikasi untuk kamera yang lagi sempoi dan menarik jangan lupa beritahu aku ya. Nak cuba jugak. Aku ni dah la baru baby dalam penggunaan smartphone ni. Itupun akibat diprank 3 gangster yang aku ceritakan tadi. Haha.

Thursday, June 2, 2011

Holiday - Mari Bercuti


Yuhuuu!!! Jom bercuti!! Gilakan. Cuti sekolah sudah habis seminggu dan aku baru nak bercuti. Inilah masa yang aku tunggu-tunggu setelah beberapa bulan tak bercuti. Tapi ini bukan aku nak pergi bercuti kat tempat-tempat peranginan, tapi aku nak bercuti di kampung. Dah lama rasanya tak balik kampung jumpa sanak saudara. Ewahh! Tapi bila kita bercakap tentang cuti ni tentu ramai yang tahu yang sekarang ni pelajar-pelajar universiti (peringkat ijazah dan ke atas) masih lagi bercuti sehingga bulan september. Lama tu. Jadi pandai-pandailah mengisi masa terluang tu. Nasihat aku bagi pelajar-pelajar yang mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris, inilah masanya korang nak improve atau tingkatkan kemahiran bahasa Inggeris korang. Aku pasti kebanyakkan pelajar yang datang dari kampung pasti masih lemah dalam bahasa Inggeris. Macam aku dulu.

Ini penting kerana menurut kajian yang diterbitkan dalam akhbar The Star tempoh hari, perkara yang menjadi keutamaan kepada bos-bos syarikat untuk mengambil pekerja adalah mahir komunikasi dalam bahasa Inggeris. Ini terbukti dan ini yang berlaku. Jangan fikir bila kita mempunyai pointer 3.5 ke atas itu menjamin kita untuk senang mendapat kerja. Tetapi kemahiran komunikasi itu yang penting kerana seperti yang kita tahu bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama di dunia. Aku cuma risaukan pelajar-pelajar kita akan ketinggalan dengan bangsa-bangsa lain. Jadi, di masa cuti yang panjang inilah masa yang terbaik untuk memahirkan diri kita. Korang pergilah cari kelas-kelas intensif untuk belajar bahasa Inggeris ni. Duit PTPTN kan ada. Gunakan ke jalan yang betul. Habis-habis pun pergi beli buku-buku bahasa Inggeris dan belajar sendiri. Aku pasti kebanyakkan pelajar-pelajar kita ni faham bila mendengar orang lain berbahasa Inggeris tetapi bila nak bercakap itu yang kita lemah. 

Waktu cuti ni juga, pelajar-pelajar yang ingin menambah duit poket bolehlah pergi cari kerja. Ringankan tulang. Mak korang masa mula-mula korang balik cuti memang di akan  masak sedap-sedap tapi bila hari-hari asyik tengok korang lepak saja kat rumah dia pun bosan. Haha. Oklah. Aku pun nak drive jauh ni. Nasib baik ada gadis yang mahu ikut serta. Taklah bosan sangat. Salam.

Wednesday, June 1, 2011

Karak - Laluan Puaka (2011)


          Filem ini merupakan filem terbitan KRU Studio yang mula ditayangkan pada 26 Mei 2011 yang lepas. Semalam aku sempat ke pawagam untuk menonton sendiri filem ini setelah mendengar pendapat rakan-rakan serumah dan review para blogger di Internet. Ada yang kata best dan ada yang kata tak masuk akal hanya disebabkan tandas yang terlalu jauh dalam cerita tu. Apa da...pasal tandas pun nak komplen ka. Tapi ini review aku setelah aku menonton dengan mata kepala aku sendiri ditambah dengan reaksi kiri dan kanan aku. Korang boleh campak pendapat atau review aku ni jauh-jauh kalau korang tak sukakannya. Jangan risau.

          Bermulanya cerita dengan suami isteri yang mempunyai masalah kereta rosak dan si suami pergi mencari mekanik. Masa tu dah bermula aksi-aksi saspen. Aku pun dah mula gabra. CGI terbaik untuk cerita seram macam tu. Jalan cerita ada walau cerita ini hanya satu malam. Memang menarik. Pada mereka yang pergi menyaksikan cerita Karak ini, aku nasihatkan anggaplah ini semua sekadar hiburan. Janganlah korang nak membandingkan cerita Karak ni dengan cerita lain kerana pada pendapat aku KRU Studio cuba jadikan cerita ini lain dari yang lain iaitu dengan memasukkan teknologi CGI secara "berpada-pada". Kalau terlalu banyak CGI mungkin dah jadi cerita perang pulak. Aku setuju dengan pendapat Norman Abd Halim yang mana setiap babak seram dalam cerita ini pasti akan melekat dalam fikiran penonton sehinggga tamat cerita ini. Contohnya dialog ini, "Cik...cik...boleh tolong saya tak? Cik...cik...ada nampak anak saya tak? Masa tu memang seram. Aku cuma terfikir, nasib baik aku tengok tayangan pukul 9, kalau pukul 11????

               Berbalik kepada bab tandas yang jauh dalam cerita ni. Aku kadang terfikir jugak, takkan ada orang berani nak pegi tandas jauh-jauh tengah-tengah malam macam tu. Mungkin kalau kita dah buang saja kat mana-mana. Tapi ini kan cerita. Kalau pengarah mahu macam tu buat sajalah. Lagipun menarik la jugak bila watak Jack dalam cerita tu bertemu hantu perempuan yang tiba-tiba kepalanya putus tu. Hehe...Jadi, untuk cerita ini, disebabkan aku dah tengok sendiri sambil mendengar jeritan kiri dan kanan aku, aku bagi 7/10.